Tuesday 15 May 2012

SAMBUTAN HARI GURU SMK PONTIAN JAYA

Esok 16 Mei 2012, sambutan hari guru peringkat sekolah di SMK Pontian Jaya akan di adakan... Sambutan yang menjadi rutin setiap tahun... Kenangan setiap tahun... 

Marilah rakan2 guru, kita sama-sama nilai tahap pencapaian diri dalam memikul tugas dan tanggungjawab mendidik anak bangsa... Dalam kemeriahan menyambut hari guru dengan tema "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara" sebenarnya memberi bukan satu atau seribu makna tetapi memerlukan huraian terhadap beribu-ribu persoalan. Berapa ramai guru inovasi? Berapa banyak pula lonjakan dilakukan dan transformasi yang bagaimana nak di wujudkan??

Ada pendapat mengatakan guru mudah di dilihat inovasinya, setiap langkah guru akan melonjakkan paradigma pelajarnya lalu terhasillah transformasi tak kira apa bentuk, jenis dan warnanya.

Persoalan dan cabaran bagi guru pada hari ini, Bebaskah guru bersama etika keguruan dalam melaksanakan inovasinya... tatkala, ada sahaja ibubapa, media, komuniti yang memberi sekatan dan had tanpa nyata... terlonjakkah transformasi jika apa yang dirancang, dilaksanakan tiada kesinambungan dari persekitarannya...

Adakah Guru jugalah yang perlu memastikan inovasi dilaksanakan untuk mendidik dan membangun persekitaran masyarakat, bukan hanya melihat pelajar sekolah sahaja??  Adakah guru perlu bersama masyarakat setempat dan merancang aktiviti melonjak transformasi bersama rakyat agar lonjakan transformasi sebenar di sekolah untuk pelajar akan berjaya ??? Bila berjaya pelajar di sekolah dan dalam masyarakat barulah dikatakan "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara". 

Marilah kita fikirkan, apakah tugas sebenar kita dalam berinovasi melonjakkan transformasi pendidikan negara.


No comments:

Post a Comment